Pakej Servis buat google map my business. Servis buat google maps my business pada google. kami sediakan Perkidmatan Local SEO Lokasi Pada google search Map. Harga Murah berserta review. Lihat Pakej dibawah.
Anda boleh menggunakan Google My Business, kerana poskad akan dihantar oleh google selepas selesai pendaftaran. antara kelebihan google my business.
Anda juga boleh menggunakan Google map directory Suggestion by user tapi bukan My Business. kami akan memilih lokasi secara rawak didalam area anda. Nama keyword pada google map bergantung kepada servis dan perkidmatan anda. antara kelebihan google Map Servis
Apakah itu Google My Business dan apakah manfaat ciri ini kepada saya?
Google My Business ialah alat percuma yang membolehkan anda mempromosikan Profil Perniagaan dan tapak web perniagaan anda di Carian dan Google Maps. Dengan menggunakan akaun Google My Business, anda boleh melihat dan berhubung dengan pelanggan anda, menyiarkan kemas kini pada Profil Perniagaan anda dan melihat cara pelanggan berinteraksi dengan perniagaan anda di Google.
Apakah itu Profil Perniagaan?
Profil Perniagaan percuma anda di Google membantu perniagaan anda dipaparkan pada detik yang penting: pada masa pelanggan mencari perniagaan atau produk anda, atau perkhidmatan seperti anda di Carian dan Google Maps. Log masuk ke akaun Google My Business untuk mengemas kini alamat, nombor telefon, tapak web, waktu perniagaan anda dan banyak lagi untuk membantu pelanggan mencari serta berhubung dengan perniagaan anda. Pastikan profil anda dikemas kini melalui foto baharu, tawaran istimewa dan promosi untuk memudahkan pelanggan memilih anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda.
Bagaimanakah Google My Business membantu saya mendapatkan lebih ramai pelanggan?
Google My Business memberi anda option berinteraksi dengan pelanggan apabila mereka mencari perniagaan anda di Google. Profil Perniagaan anda membuatkan anda berada dalam Carian dan Google Maps, yang membolehkan anda membalas Ulasan, menyiarkan gambar produk atau tawaran istimewa serta menambah/mengedit butiran perniagaan anda. Tapak web perniagaan Google anda membolehkan anda memaparkan perniagaan anda secara profesional dalam talian, mempamerkan foto dan butiran perniagaan anda melalui cara yang menarik. Cerapan menunjukkan cara anda boleh mengoptimumkan interaksi pelanggan anda untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dan anda boleh menggalakkan lebih banyak penglibatan dengan berinteraksi bersama pelanggan anda daripada tab Pelanggan.
Berapakah kos Google My Business?
Sesiapa sahaja boleh menggunakan Google My Business secara percuma.
Jika saya sudah memiliki website?Perlukah saya menggunakan Google My Business ?
Ya! anda bergerak selangkah untuk mendapatkan lebil peliang pasaran di google search.
Bolehkah saya masih menggunakan Google My Business saya jika saya tidak mempunyai kedai fizikal
Ya! Sama ada anda perniagaan yang dijalankan di rumah atau perniagaan kawasan perkhidmatan, anda boleh menyenaraikan butiran perniagaan anda supaya dipaparkan di Google sama ada dengan alamat fizikal atau pun tidak.
Mengapakah perlu saya mengesahkan perniagaan saya?
Pengesahan membolehkan kami mengesahkan bahawa anda pemilik sebenar perniagaan, supaya anda mempunyai keizinan untuk mengurus Profil Perniagaan Google Anda.
Bagaimanakah saya dapat mengesahkan perniagaan saya?
Untuk kebanyakan perniagaan, anda boleh mengesahkan pemilikan melalui telefon, melalui SMS atau dengan meminta serta menerima poskad ke alamat anda daripada Google.
Sumber: Dipetik dari Google My Busineess